Kenapa 4 bulan baru barang sampai?

Barang yang baru dibeli akan dihantarkan ke pusat pengumpulan dan dikumpulkan bersama barang-barang lain yang akan dihantar bersama, dalam satu shipment yang sama. Proses pengumpulan boleh mengambil masa sehingga sebulan sekiranya barang tersebut baru ‘terlepas’ penghantaran yang sebelumnya.

Pengangkutan melalui laut pula akan mengambil masa sebulan dan proses pelepasan di pintu masuk negara akan mengambil masa dua ke tiga minggu, kadang-kadang sehingga dua bulan bergantung kepada pihak kastam.

Selesai di sana, barang akan dibawa ke syarikat penghantaran di Malaysia. Mereka akan membahagi-bahagikan kotak-kotak yang mereka terima mengikut negeri. Setelah itu baru penghantaran akan dibuat kepada pelanggan mereka termasuk Rose’s Treats. Proses ini pula akan mengambil masa dua ke tiga minggu juga.

Apabila sampai kepada Rose’s Treats Malaysia, kami akan memeriksa kuantiti barang yang sampai dan selepas itu kami akan keluarkan emal kepada pelanggan sama ada menuntut baki akhir atau mengesahkan alamat atau memaklumkan bahawa barang mereka telah sampai dan boleh diambil di lokasi kami di Ipoh.

Comment on this FAQ