Item telah diterima, namun size yang saya beli macam tak padan dengan saya. Boleh ke saya pulangkan kembali atau pihak Rose’s Treats tolong jualkan kembali?

Untuk polisi pemulangan, pihak kami cuma terima kembali pemulangan dari pelanggan sekiranya item yang kami hantar berbeza dari apa yang pelanggan pesan atau ada kerosakan/defect pada item. Pihak kami tidak dapat bertanggungjawab sekiranya item yang diterima tidak memuaskan hati pelanggan atas kecuaian pelanggan sendiri. Justeru, kami selalu ingin menasihatkan kepada pelanggan untuk semak butiran item dengan lebih terperinci terutama melibatkan saiz dan material.

Bolehkah saya menukar alamat penghantaran? Semasa invoice saya sudah bagi alamat lain, tetapi ingin tukar kepada alamat lain pula sekarang.

Boleh, tiada masalah. Kami akan menghantar email untuk tuntutan baki terakhir bersama dengan pengesahan alamat penghantaran. Jadi boleh maklumkan jika ada sebarang perubahan.

Bolehkah saya kirim item untuk pembelian yang langsung dari kedai di UK, bukan online?

Maaf. Setakat ini kami hanya membuat pembelian melalui online dan bukan terus dari kedai. Namun ada juga tawaran yang kami buat beli terus dari kedai. Boleh selalu semak tawaran tawaran terkini di page kami.

ETA sepatutnya sudah tiba, kenapa saya masih belum terima barang?

Maaf atas kesulitan. Kadangkala kami mengalami masalah di luar kawalan kami sebagai contoh, kargo sudah tiba tapi masih menunggu pelepasan kastam, juga kelewatan dari pihak shipper. Jika ada kelewatan, kami akan memaklumkan kepada pelanggan kembali.

Adakah cukai akan dikenakan?

Keputusan dikenakan cukai atau tidak adalah bergantung kepada pihak kastam. Pihak kastam mungkin akan mengenakan cukai Household Tax dan GST ke atas barangan yang terdapat di dalam kontena yang sama termasuk barangan tuan / puan. Oleh kerana itu dengan berat hati pihak kami perlu memaklumkan bahawa kami berkemungkinan perlu menuntut cukai yang dikenakan daripada semua pelanggan kami yang terlibat. Jumlah yang dikenakan adalah dibahagikan sama rata berdasarkan nilai barangan yang telah kami declare kepada kastam. Namun bukan dalam semua keadaan cukai dikenakan kerana ada kalanya cukai tidak pun dikenakan dan oleh itu tiada bayaran tambahan diperlukan.vSebarang jumlah yang dikenakan akan dimaklum pada pelanggan dalam email tuntutan bayaran akhir dan bayaran cukai akan dikongsi sama rata kepada semua pelanggan mengikut nilai barangan masing-masing.

Kenapa 4 bulan baru barang sampai?

Barang yang baru dibeli akan dihantarkan ke pusat pengumpulan dan dikumpulkan bersama barang-barang lain yang akan dihantar bersama, dalam satu shipment yang sama. Proses pengumpulan boleh mengambil masa sehingga sebulan sekiranya barang tersebut baru ‘terlepas’ penghantaran yang sebelumnya.

Pengangkutan melalui laut pula akan mengambil masa sebulan dan proses pelepasan di pintu masuk negara akan mengambil masa dua ke tiga minggu, kadang-kadang sehingga dua bulan bergantung kepada pihak kastam.

Selesai di sana, barang akan dibawa ke syarikat penghantaran di Malaysia. Mereka akan membahagi-bahagikan kotak-kotak yang mereka terima mengikut negeri. Setelah itu baru penghantaran akan dibuat kepada pelanggan mereka termasuk Rose’s Treats. Proses ini pula akan mengambil masa dua ke tiga minggu juga.

Apabila sampai kepada Rose’s Treats Malaysia, kami akan memeriksa kuantiti barang yang sampai dan selepas itu kami akan keluarkan emal kepada pelanggan sama ada menuntut baki akhir atau mengesahkan alamat atau memaklumkan bahawa barang mereka telah sampai dan boleh diambil di lokasi kami di Ipoh.

Kalau dah beli, boleh return ke kalau ada masalah?

Di Rose’s Treats kami mengutamakan harga jualan yang rendah dan memberikan kepuasan pelanggan yang tinggi. Atas dasar itu, setiap barangan yang ingin dipulangkan perlu atas sebab yang kukuh seperti rosak teruk semasa pengeposan atau pun barang yang dihantar tidak sama dengan barang yang dipesan.

Kos pengeposan pulang akan ditanggung sendiri oleh pembeli sekiranya punca masalah bukan berada dalam tanggung jawab kami. Kos pengeposan akan ditanggung pihak kami sekiranya masalah adalah berpunca dari kecuaian kami. Semua kos yang telah dibayar akan dipulangkan sekiranya masalah berpunca daripada kami.