Polisi Pemulangan dan Pembayaran Balik

Terima kasih kerana membeli di Roses-Treats.com. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda, kami sedia membantu anda. Kami akan menerima kembali barangan yang telah kami salah hantar / salah belikan atau barangan yang rosak sebelum sampai kepada pembeli.

Pemulangan

Pemulangan hendaklah dibincangkan terdahulu dengan mengisikan borang seperti di dalam ‘Hubungi Kami’. Pihak kami akan menghubungi pelanggan melalui emel dan setelah diputuskan bahawa barang tersebut boleh dipulangkan barulah pelanggan boleh menghantar barang tersebut. Barang tersebut juga perlu dalam keadaan belum digunakan dan dalam keadaan yang sama semasa ia diterima.

Pembayaran balik

Setelah barang diterima kembali, kami akan memeriksanya dan memaklumkan kepada pelanggan yang kami telah menerima barang tersebut. Kami akan memaklumkan status pemulangan wang dengan segera setelah pemeriksaan tersebut. Sekiranya pemulangan dibenarkan, kami akan memulakan proses pemulangan wang mengikut kaedah pembayaran yang digunakan semasa pembelian.

Penghantaran pulang

Anda adalah bertanggungjawab terhadap kos pengeposan untuk penghantaran pulang barang anda. Kos pengeposan tidak akan dikembalikan. Sekiranya wang anda dipulangkan, kos pemulangan akan ditolak daripada jumlah wang yang perlu dipulangkan.

Hubungi kami

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan bagaimana untuk memulangkan barang yang telah anda beli, sila hubungi kami.