Sejarah kami

Rose’s Treats lahir dari kegemaran saya mencari barangan berkualiti pada harga yang berpatutan. Oleh kerana ada ramai yang mempunyai kegemaran yang sama, saya berpendapat saya perlu berkongsi barangan tersebut dengan sesiapa yang memerlukannya tapi tidak mempunyai ruang masa dan peluang yang cukup untuk memburu ‘deal’ yang terbaik.

Pada mulanya saya kongsikan barang yang saya peroleh dengan cara menjual semula barang yang dibeli di jualan-jualan murah sekitar Kuala Lumpur dan Ipoh dan menjualnya semula di internet. Saya ‘follow’ rapat blog-blog yang berkongsi info jualan murah dan saya akan pergi mendapatkan stok jika ada kelapangan. Ada kalanya saya akan membeli set ‘make-up’ yang mahal dan menjual semula dalam bentuk ‘loose’.. begitulah sejarah awal Rose’s Treats.

Selepas melalui kesukaran untuk ulang-alik ke destinasi-destinasi jualan yang tidak menentu, saya kemudian cuba berniaga barangan dari US. Ya, saya juga pernah jual barangan ‘Coach’ yang dibeli di US dan menjual semula di Malaysia. Tapi malangnya tidak lama kemudian saya diberi amaran oleh Coach Singapura / Malaysia supaya tidak lagi menjual secara online dan saya kemudian mencari alternatif lain dari US, ini termasuklah barangan Corelle dan Fossil.

Kemudian pada 2013 keluarga saya diberi peluang untuk berhijrah sebentar ke UK. Setelah beberapa bulan tinggal di sana, saya hidupkan semula perniagaan ini dengan membantu pelanggan-pelanggan asal saya untuk membeli barangan dari UK. Sejak dari itu saya masih meneruskan bisnes yang sama iaitu sebagai ‘private shopper’ untuk barang-barang dari UK untuk pelanggan-pelanggan di Malaysia.

Saya masih kekal dengan tujuan saya mula berniaga, iaitu untuk membantu pelanggan-pelanggan mendapatkan barangan berkualiti dengan harga yang paling berpatutan. Cuma fokus untuk sumber barangan yang berubah… iaitu dari UK.

Ikhlas dari hati,

Ipoh, 2019.

Close Menu
×
×

Cart