Kami di Rose’s Treats faham dengan masalah kos penghantaran yang tidak sesuai dengan poket masing-masing. Oleh itu kami di Rose’s Treats kini telah mengemaskini kadar penghantaran kepada yang lebih kos efektif untuk semua.
Bagi pembelian barangan dengan beratnya kurang daripada 2kg kami sarankan pengguna untuk memilih kaedah Pos Laju berbanding yang lain kerana kaedah ini lebih murah dan lebih cepat. Barangan di bawah 2kg akan dianggap sebagai ‘document’ dan menggunakan skala bayaran yang lebih rendah. Kadar Pos Laju bagi barangan melebihi 2kg adalah mengikut skala ‘merchandise’ iaitu jauh lebih mahal daripada kadar barangan di bawah kategori ‘document’. Walau bagaimanapun, sekiranya barang tersebut besar maka kaedah volumetric akan digunakan dan menggunakan skala kategori ‘merchandise’.
Sekiranya anda memilih KTMD kosnya lebih kos efektif untuk barangan yang beratnya melebihi 2kg. Ini kerana kos pengeposan KTMD mengenakan caj flat-rate untuk barangan 5kg ke bawah. Kos pengeposan barangan melebihi berat 5kg juga adalah sangat berpatutan dan oleh itu kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Tempoh penghantaran juga biasanya lebih pantas daripada kaedah Pos Domestik Pos Malaysia tetapi biasanya lebih lambat sehari ke tiga hari berbanding Pos Laju.
Bagi penduduk Perak pula, kami telah kemaskini kos Pos Laju kami dan ianya adalah lebih rendah dari kos Pos Laju ke negeri lain di Semanjung Malaysia.
Kami telah memilih perkhidmatan yang paling kos efektif, cepat dan boleh diharap untuk menghantar barang yang dipesan kepada anda. Semoga ini akan memudahkan semua pihak dan teruslah menyokong Rose’s Treats!