SELAMAT HARI BURUH DAN SALAM NISFU SYAABAN.
(Jangan lupa guna kod diskaun sebelum tengah malam 1 Mei ni)
Mlm smlm Malam Nisfu Syaaban.. Harap2 yg muslim sempat la menggandakan ibadat & doa.. Kak Rose hampir terlupa sebenarnya, sempat buat sket2 je.. sambil2 utk Kak Rose sempat jgk titipkan doa bagi barang2x Kak Rose yg sangkut di Port Klang tu di uruskan dgn segera oleh pihak shipping company…Kalau barang ETA Mac/April tu sampai minggu ni atau minggu depan, termakbul lah tu doa nya 🙂
.
Pasti ramai yg sibuk merancang agenda dan aktivi utk hari ni.. Ramai jugak yg buat kenduri hari ni..Dari kenduri cukur jambul anak, kawin dan etc.. Kalau takde jemputan kenduri tu, mesti nak gi berlibur2x bersama kawan2 atau keluarga tersayang betul tak?
.
Teringat Kak Rose masa kerja cikgu sandaran, auditor, tax dulu, byk kenangan pahit manis…Last2nya kerja sendiri jgk yg sesuai dgn jiwa Kak Rose, sendiri kuli, sendiri boss..Kak Rose nak ucapan terima kasih pada team Rose’s Treats yg byk bantu Kak Rose selama ni…Harap2nya korang kekal lah dgn Kak Rose…
.
Klu korang hari2 stress/malas/prestasi tak naik2 kat tempat kerja tu. Korang wajib baca 7 TIPS MEMPERKASAKAN KECEMERLANGAN DIRI DI TEMPAT KERJA :-
1. Fokus pada kekuatan, bukan kelemahan. Semua orang ada kekuatan dan kelemahan masing2x. Kadang-kadang, dalam usaha untuk menjadi sempurna, kita menyalurkan masa dan tenaga pada kerja yg bukan kebolehan semulajadi kita.
Cuba lah nanti, bila ada waktu lapang. Korang list kan apa kerja yg korang boleh lakukan dgn terbaik dan apa kerja yg susah sangat dan lambat nak siapkan.
Contoh la, kalau korang ni seorang yg panas baran, cepat sentap…Agak2x korang sesuai tak jadi customer service??? Memang tak lah kan…Jadi pilih kerja sesuai dgn sifat2 semulajadi korang.
2. Mulakan setiap hari dengan lembaran yg baru. Setiap pagi tu, celik je mata, mula kan dgn fikiran yg jernih dan segar. Lupakan je semalan kena maki dgn boss ke pasal korang buat silap atau kerja kat opis berlambak2 ke. Cuba organize dan plan kerja2 anda utk hari tu, supaya pekara yg tak best semalam tu tak berulang lagi.
3. Kawal sikap anda. Sikap anda pengaruhi rakan sekerja korang sebenarnya. Ye lah. Kalau korang asyik sentap je bila junior staff tanya soalan. Macam mana organisasi tu nak maju kan? Tapi kalau junior staff asyik tanya je, dah explain benda sama tak faham2…Memang mendapat lah. Bak kata pepatah lama berkata: ‘Kota kebahagiaan berada dalam keadaan fikiran’.
Yang penting selalu lah cermin balik diri sendiri, kerana sikap negatif dapat menguasai hidup kita, semangat dan badan pun tak produktiviti jadinya
4. Diet seimbang. Buat pilihan makan yang lebih baik. Sebelum pergi kerja tu, wajib sarapan dulu. Baru ada tenaga nak kerja dan dapat fikiran dgn jelas. Perut lapar pun mengganggu fokus korang.
Seeleoknya, 1 jam lepas bangun tidur tu terus makan makanan ringan yg berkalori rendah, kaya protein pada hidangan pertama anda hari ini. Macam seperti roti telur ke atau yogurt ke..Air pun kena cukup paling sikit 8 gelas air kosong sehari dan elakkan minum berkafein 3 jam sebelum nak tidur tu.
5. Berbuat baik kepada rakan sekerja. Kalau namanya pun rakan sekerja…Mestilah hari2 pun kita terpaksa hadap rakan sekerja kita setiap hari kan…Jadi utk memudahkan urusan kita dan urusan orang lain, berbaik2lah dgn rakan sekerja korang. Sekurang2nya bila korang ada emergency, boleh mintak kawan tu tolong cover kan.
6. Muhasabah diri. Sebelum nak balik kerja tu, ambik lah beberapa minit utk merenung kerja2 kita yg tidak begitu menjadi pada hari tersebut. Sekurang2nya dpt jgk idea baru nak buat dgn lebih terbaik dan lebih bersemangat utk hari esok. Barulah balik dgn perasaan yang lebih ceria dan akan lebih mudah mendapat rehat yang baik sebelum pulang untuk bekerja keesokan harinya.
7. Manafaatkan teknologi bagi membuat kerja2 rutin seharian. Kadang ramai orang tak sempat nak rancang kerja seharian. Terutamanya ibu2 yg bekerja. Mana nak kerja nya, urus rumah tangga lagi, masak lagi…Haa…Masa ni gadget dapur byk membantu. Macam pressure cooker tu kan. Kalau steam ikan dalam Instant Pot, 8 minit je dah siap. Kalau nak gosok baju pagi2 tu tak sempat, steam generator iron memang byk membantu.
Rajin2 lah korang LIKE dan belek2 FB Page Rose’s Treats ni dan set page kami as ‘SEE FIRST’ supaya tak terlepas promosi2 yg best2x…Kalau nak ready stok, jom singgah website https://roses-treats.com/dan jangan lupa join Mailing List kami utk update terkini.
Inilah tips-tips yang Kak Rose nak kongsikan kali ni, semoga bermanfaat.