5 Tips Memilih Kasut Tumit Tinggi Yang Selesa

Ramai perempuan yang ingin bergaya dengan kasut tumit tinggi tapi takut. Alasan yang popular sakit kaki, sakit pinggang, gayat dan macam-macam lagi. Sebab itulah perempuan yang bertumit tinggi selalunya di anggap berkeyakinan tinggi dan di cemburui ramai kaun hawa yang lain. Mesti lah! Ingat senang nak memakai kasut tumit tinggi tu? Dengan nak berjalan sambil imbangi badan.

5 Tips Memilih Kasut Tumit Tinggi Yang Tak Makan Tuan

Kasut tumit tinggi kalau di gayaka ke majlis dan kenduri kendara memang stylo habis! Tapi sayang tak semua orang rasa selesa bila pakai kasut tumit tinggi ni. Khusus bagi anda yang selalu tak yakin untuk bertumit tinggi, Kak Rose nak share 5 TIPS MEMILIH KASUT TUMIT TINGGI YANG TAK MAKAN TUAN . Kalau korang rasa tips2 ni membantu, sudi2 lah share post ini bersama kawan2 atau isteri atau teman wanita anda, supaya sama2 dapat bertumit tinggi dengan lebih yakin selepas ini.

1. FAHAMI TAPAK KAKI ANDA

Sekiranya anda ingin membeli kasut, pastikan shopping pada waktu petang seperti lepas waktu kerja atau selepas berjalan-jalan. Ini kerana pada masa itu, bentuk kaki kita paling besar dr biasa. Ye lah, selepas seharian berdiri dan berjalan bengkak sikit lah kaki tu.

Pastikan juga ada ruang yang selesa untuk ibu jari kaki anda bernafas atau bergerak semasa memakai kasut tersebut. Kalau kasut ngam2 atau sempit sangat, boleh menyebabkan kesakitan pada kaki bila di pakai. Selalunya menjadi punca kaki melecet!

2. PILIH KETINGGIAN TUMIT YANG SESUAI.

Ketinggian tumit yang ideal adalah antara 1 – 3 inci. Jika lebih dari 3 inci boleh mengubah cara berjalan korang dan sekaligus memberi tekanan pada pinggang, lutut dan buku lali. Sekaligus menjadi punca kpd sakit kaki dan pinggang.

Kalau kasut jenis tumit runcing pula, ketinggian yang ideal antara 1.5 – 2 inci. Baru selesa untuk si pemakai bergaya bertumit tinggi ke sana ke mari sepanjang hari.

Tumit 3 inci pulak di anggap klasik. Ok jer nak pakai gi kerja hari2.

Tumit 4 inci pula sesuai di pakai pada hujung minggu. Apabila anda ingin bersantai bersama yang tersayang atau menghadiri function/event atau kenduri kendara sesuai lah utk menggayakannya.

Tumit 5-6 inci sejujurnya tidak begitu selesa. Sesuai di pakai untuk sejam dua sahaja seperi semasa ke function2 yang tak perlukan anda banyak bergerak atau berdiri lama. Jika ingin pergi kenduri kendara yang banyak duduk sesuailah untuk menggayakan nya. Tapi kalau diperhatikan, kasut2 tumit 5-6 inci ni lah yg byk cun2 seksi2. Betulkan?

3. PILIH KASUT KULIT ATAU SUEDE

Kasut yang dibuat dari kulit dan suede lebih lentur dan akan membentuk ikut kaki anda. Sekaligus lebih selesa di pakai untuk jangkamasa panjang. Material kulit/suede ni lebih fleksibel, jadi kuranglah risiko utk melecet.

Bagi kasut jenis sintetik atau pvc pula, dari segi harga memang murah, tapi agak keras dan rapuh. Kurang selesa bila dipakai dan tidak tahan lama. Jadi apa salahnya, jika melabur untuk kasut kulit/suede berkualiti yg dpt berikan keselesaan dan lebih tahan lama kan?

4. GUNA PELAPIK KASUT YG SELESA

Semestinya bila anda bertumit tinggi, ia akan beri lebih byk tekanan pd kaki. Oleh kerana itu, penting untuk memilih kasut tumit tinggi yang ada pelapik kusyen yang selesa.

Jika kasut tumit tinggi anda tiada pelapik kusyen, jangan di buang pula. Boleh sahaja tambah sendiri pelapik kusyen. Banyak insoles ada jual di kedai-kedai kasut atau pharmacy untuk memberi keselesaan kepada pemakai.

Tapi jangan lupa petua no.1 tu ya. Jika dah letak pelapik kusyen dalam kasut, anda kena pastikan pula ada ruang yang cukup selesa utk jari kaki anda bergerak. Jika kasut sempit bila dah di tambah insoles, boleh punca sakit kaki dan melecet pula nanti.

TUKAR-TUKAR STYLE KASUT

Anda di nasihatkan kerap bertukar design kasut dalam tempoh seminggu. Janganlah pula pakai kasut tumit 7 hari seminggu, supaya kaki anda dapat berehat dan merasa memakai pelbagi jenis style kasut yang lain.

Jika rajin, anda boleh buat 1 jadual untuk rotate kasut yang di pakai untuk seminggu supaya senang juga untuk dipadankan dengan baju atau acara untuk minggu tersebut. Contohnya, kalau Isnin sudah pakai kasut tumit tinggi, hari Selasa pakai lah kasut flat pula.

Boleh cuba utk kurangkan jumlah masa bertumit tinggi jika hari tersebut korang terpaksa byk berjalan atau berdiri. Contohnya, anda boleh sahaja pakai selipar atau trainers dari rumah ke tempat kerja. Bila sudah sampai ke pejabat baru lah tukar kasut kepada tumit tinggi untuk tampak lebih bergaya dan confident berhadapan dengan client.
.
Harapnya tips ini dapat bantu anda yang ragu-ragu untuk mencuba bertumit tinggi . Jika rasa bermanafaat jangan lupa share post ini supaya dapat bantu orang lain juga.

Jika korang nak mencari barangan ready stock, boleh lawati kedai online kami di website ini https://roses-treats.com/kedai-2/

ATAU

Jika ingin membuat pre-order, sila like Facebook Page Rose’s Treats dengan click link https://www.facebook.com/rosestreatss/ . Jangan lupa LIKE FB Page kami dan set as ‘see first’ supaya anda tak ketinggalan flash sale atau apa2 sahaja sale yang terkini dari UK. Ingat, kalau mencari barang murah dari UK, ingatlah Rose’s Treats.

Leave a Reply