7 Petua Mencari Jam Yang Sesuai Untuk Anda.

Cepatnya masa berlalu…Pejam celik dah hari ke-17 Ramadhan…Semoga segala puasa dan segala amal ibadat yg kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini di terima oleh nya.

Bercakap tentang masa ni, banyak sgt jam tangan yg ada di pasaran skrg ni kan? Sampai tak tau nk pilih yg mana satu. Jadi hari ini, Kak Rose nak share tentang 7 PETUA NAK CARI JAM TANGAN YG SESUAI untuk anda. Okeh, jom baca 7 petua tersebut…..


1. DIGITAL ATAU ANALOG?
Firstly, Kak Rose assume kebanyakannya kita guna jam quartz atau bahasa mudahnya jam yang pakai bateri.. atau pun yg ada lcd tu.. Sebab kalau anda suka jam yang tak pakai bateri contohnya seperti jam automatik atau mekanikal anda tak perlu baca artikel ini kerana mesti lagi terer pasal jam dari Kak Rose kan?
Jadi sekarang ni nak beli jenis apa? Analog (jam jarum), digital atau analog/digital (pakai jarum + paparan digital) ?
Biasanya jenis analog sesuai untuk tujuan-tujuan formal seperti hadir kenduri, mesyuarat perniagaan dan juga pergi dating.. Yang digital lebih untuk tujuan kasual mcm jumpa kawan, bersukan dan rileks2.. Yang analog/digital ni multi purpose.. pakai hari2 pun ok cuma kalau nak sign kontrak bisnes besar2 tu kurang sesuai la


2. JENIS MATERIAL
Material plastik paling basic dan murah.. yang metal mesti mahal sikit.. jika material precious metal paling mahal sekali.. tengok la body jam dan strapnya sekali.. plastik / leather / metal.. tentukan juga sama ada pemakai tak alergik kpd material yg dipakai

3. STAIL
Yang ni kita tengok tujuan jam dipakai.. kalau nak bersukan kena pakai yg sesuai untuk sukan tu.. utk tujuan berlari, berenang pilih lah jenis sports, field atau divers.. tengok juga fungsi-fungsi tambahan pada jam tu.. lg byk fungsi lagi best tp lagi mahal
Kalau nak pakai utk kerja, majlis formal, dating yg paling sesuai ialah jenis dress watch.. dress watch akan nampak lebih ngam bila pakai pemakainya pakai baju kerja
Yg utk pakai hari2 pulak pilih yg kasual.. jam mcm Casio dlm gambar ni tahan utk pakai hari2 

4. BRAND
Pilih brand kena ikut bajet.. kalau brand yg jarang org pakai tu eloklah survey2 dulu tentang syarikat yang membuatnya.. tanya2 jugak org lain dan komen diorang.. kalau byk komen jam tu tak tahan janganlah beli yg brand tu.

5. FUNGSI TAMBAHAN
Jam skrg mcm2 function boleh buat… check heart rate, check kalori yg terbakar, jauh perjalanan yg ditempuh, auto time zone, auto adjusting.. mcm2.. kalau perlu fungsi2 ni.. pilih la jam yg mcm tu

6. KETAHANAN AIR
Jam simple2 biasanya splash resistant.. tahan la kena air sikit2 mcm time basuh tangan atau main hujan… kalau yang water resistant bermeter2 dlm air tu boleh la bawak berenang, yang lagi hebat boleh bawak scuba diving

7. SAIZ
Nak tahu saiz jam tu sesuai kena la cuba pakai dulu.. bila strap elok2 kita check ja ru boleh tak slide sikit kiri kana… kalau boleh maknanya kecik jam tu.. kalau tak boleh slide ok dah… cuma kena check jugak bila kita bukak jam tu kalau ada bekas jam kat kulit kita maknya jam tu besar sgt.. kalau tak ada maknanya saiz tu sesuai utk kita.


Harap perkongsian Kak Rose hari ni dpt membantu korang membuat pilihan yg sesuai dgn keperluan dan kehendak anda nanti.

Jika korang nak mencari jam ready stock, boleh lawati kedai online kami di website ini https://roses-treats.com/kedai-2/

ATAU

Jika ingin membuat pre-order, sila like Facebook Page Rose’s Treats dengan click link https://www.facebook.com/rosestreatss/ . Jangan lupa LIKE FB Page kami dan set as ‘see first’ supaya anda tak ketinggalan flash sale atau apa2 sahaja sale yang terkini dari UK. Ingat, kalau mencari barang murah dari UK, ingatlah Rose’s Treats.

Leave a Reply